Monday, 2 November 2015

Pengenalan Sinografi

Asas Kepada Rekaan Set
  • Siapa?
    1. Pereka visual (set,prob,warna,konsep)
    2. Orang kuat di sisi pengarah
    3. Pencetus idea kepada unit lain 
  •  Konsep?
    1. Realistik
    2. Naturalistic
    3. Surelistic
    4. Stylistic
    5. Synbolistic
    6. Abstract

 Pengenalan Teater
Maksud Teater – lakonan dan perbuatan dalam persembahan yang melibatkan pelakon, penonton, tempat yang ditentukan dan masa yang ditetapkan.
Bentuk Teater
1. Teater Tradisional
* Maksud Teater Tradisional – persembahan yang dimainkan masyarakat dulu sebelum adanya panggung wayang dan televisyen.
* Bentuk Teater Tradisional - Makyung, Wayang Kulit, Main Puteri, Bangsawan, Purbawara, Sandiwara
2. Teater Moden
* Maksud Teater Moden – persembahan yang dimainkan selepas adanya tempat yang dikhaskan untuk satu-satu pementasan seperti dewan, pentas , auditorium.
* Bentuk Teater Moden - Teater / Drama Pentas, Teater Muzikal, Drama Tari / Taridra
3. Jenis-jenis Pentas
● Pentas Proceneum – pentas ini hanya dapat dilihat dari satu arah sahaja
● Pentas Semi Arena – pentas ini biasanya boleh dilihat dalam bentuk separuh bulatan
● Pentas Arena – pentas ini biasanya dapat dilihat dari sekeliling kerana pelakon
bermain di tengah-tengah pentas
● Pentas Thrust / Pentas Catwalk – pentas ini biasanya untuk pertunjukkan fesyen
4. Komposisi Pentas - Kebiasaannya pentas proceneum atau pentas konvosional dibahagikan kepada 9 bahagian supaya memudahkan pekerja pentas atau pelakon menerima
arahan daripada pengarah sesebuah produksi.



/





Sunday, 1 November 2015

Teater Eksperimental

Teater aliran eksperimental telah berkembang di Malaysia sejak tahun 1970-an,bermula dengan pementasan,Bukan Lalang Ditiup Angin oleh Noordin Hassan pada tahun 1970 di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak. Rentetan daripada pementasan itu, penonton telah dihidangkan dengan beberapa produksi lagi yang juga membawakan pementasan yang bersifat anti realistik. Beberapa nama dramatis yang sangat sinonim dengan perkembangan ini termasuklah Hatta Azad Khan, Johan Jaaffar, Dinsman, Abdul Aziz H.M, Khalid Salleh, Mana Sikana, dan Syed Alwi. Nama-nama itu dan hasil karya mereka telah meletakkan 1970-an sebagai suatu zaman kegemilangan bagi teater eksperimental Melayu (TEM) di Malaysia. Kemunculan teater dengan konsep yang baru itu, telah mencetuskan polemik di kalangan pengkritik sastera tanah air yang menganggap bentuk sedemikian terlalu kebaratan dan bertentangan dengan adat budaya masyarakat Melayu. Kemurungan sambutan teater pada akhir tahun 1970-an dan 1980-an telah dikaitkan dengan kecenderungan penggiat teater pada ketika itu, mementaskan persembahan yang sukar untuk difahami oleh penonton. Bentuk baru ini membawakan protes yang disampaikan dalam bahasa berlapis atau menggunakan gerak, objek, simbol, imej, dan teknik teaterikal sebagai perantara. Bentuk tersebut berbeza dengan konsep persembahan drama realisme dan bangsawan yang memaparkan sesuatu yang langsung dan mudah untuk dihayati oleh penonton.
 

Walau pun para dramatis dan penggiat teater ini menerima pelbagai reaksi dan pandangan terhadap konsep persembahan baru yang dikenali sebagai teater eksperimental, sama ada positif atau negatif, mereka tidak pernah berhenti berkarya. Usaha mereka tidak sia-sia kerana teks-teks yang berada dalam aliran ekpserimental ini sentiasa mendapat perhatian masyarakat terutamanya dalam festival dan pertandingan teater, dipilih sebagai produksi pertandingan. Mereka terus berkarya, sama ada mementaskan drama atau menghasilkan skrip untuk pementasan. Berdasarkan tinjauan awal yang dibuat terhadap teks-teks dramatik dalam aliran eksperimental ini, khususnya yang di hasilkan dalam tahun 1980 dan 1990-an, didapati menampilkan pelbagai elemen baru, teknik penyampaian, isu dan permasalahan yang belum diterokai pada ketika itu. Bahan-bahan dan sumber yang segar dan lebih bernafas kemelayuan atau melambangkan jati diri bangsa.

Apakah maksud konsep?



Pengertian Konsep
Secara garis besar definisi konsep adalah suatu hal umum yang menjelaskan atau menyusun suatu peristiwa, objek, situasi, idea, atau akal pikiran dengan tujuan untuk memudahkan komunikasi antara manusia dan memungkinkan manusia untuk berpikir lebih baik. Pengertian lainnya mengenai konsep ialah abstraksi suatu idea atau gambaran mental, yang dinyatakan dalam suatu kata atau simbol. Konsep dinyatakan juga sebagai bahagian dari pengetahuan yang dibangun dari berbagai macam karakteristik. Pengertian konsep juga dikemukakan oleh beberapa ahli.

1. Menurut Bahri (2008:30)

Bahri, menguraikan Pengertian Konsep adalah satuan arti yang mewakili sejumlah objek yang mempunyai ciri yang sama. Orang yang memiliki konsep mampu mengadakan abstraksi terhadap objek-objek yang dihadapi, sehingga objek-objek ditempatkan dalam golongan tertentu. Objek-objek dihadirkan dalam kesadaran orang dalam bentuk representasi mental tak berperaga. Konsep sendiri pun dapat dilambangkan dalam bentuk suatu kata


Pengertian konsep dapat dimengerti dari sisi subjek maupun dari sisi objek. Dari sisi subjek, suatu konsep adalah kegiatan merumuskan dalam pikiran atau menggolong-golongkan. Sedangkan, dari sisi objek, konsep adalah isi kegiatan tersebut, artinya, apa makna konsep itu. Sebagai sesuatu yang bersifat umum, konsep adalah suatu yang bersifat universal. Konsep universal dapat bersifat langsung, bisa juga tidak langsung. Konsep universal langsung adalah konsep yang bisa dipredikasikan secara univok (secara persis sama) dan secara distributif (satu per satu) pada banyak individu. Misalnya, konsep "manusia". Konsep ini dapat dipakai dalam arti yang persis sama untuk menyebut Uni, Ita, ataupun Nita. Konsep yang tidak langsung adalah konsep universal refleks. Maksudnya, konsep yang menyebut suatu kelas atau golongan dan tak dapat dipredikasikan pada individu-individu. Misalnya konsep "kemanusiaan". Tak satupun dari ketiga nama di atas dapat disebut kemanusiaan, walaupun masing-masing dapat dikatakan termasuk dalam kelompok yang tergolong dalam konsep tersebut.

Dalam memahami konsep juga perlu dibedakan antara pengertian atau makna konsep dan ekstensi atau lingkup penerapan konsep. Misalnya pengertian "binatang rasional" termasuk dalam lingkup pengertian konsep "manusia". Sedangkan lingkup penerapan konsep adalah kumpulan individu yang dapat dipredikasikan dengan konsep tersebut atau yang merupakan contoh perwujudan konkretnya. Misalnya konsep universal refleks "kemanusiaan" merujuk secara eksplisit pada ekstensi atau lingkup penerapannya, yakni konsep universal langsung "manusia" dapat dipredikasikan pada banyak individu. Jadi, jelas bahwa konsep universal langsung hanya memaksudkan pengertiannya dan mengabstraksikan ekstensinya. Sedangkan, konsep universal refleks tidak dapat dipredikasikan karena secara eksplisit memaksudkan ekstensinya dan dengan demikian memberikan nama pada keseluruhan kelas dari hal yang dibicarakan.

Sekian huraian tentang Pengertian Konsep: Apa itu Konsep?, semoga bermanfaat..

Referensi:
J. Sudarminta. 2002. Epistemologi Dasar: Pengantar Filsafat Pengetahuan. Yogyakarta: Kanisius.
http://www.pengertianahli.com/2013/12/pengertian-konsep-apa-itu-konsep.html

Monday, 28 September 2015

Difinasi Tudung Saji

Tudung Saji

Tudung saji merupakan hasil kraf tangan masyarakat Melayu yang kebiasaannya dihasilkan daripada daun mengkuang, pandan, rotan atau buluh. Terdapat juga tudung saji daripada mengkuang yang disalut dengan kain baldu. Rotan atau buluh yang dibentuk bulat akan dijadikan kerangka tudung saji. Benangnya pula dihasilkan daripada rotan yang telah diraut halus. Daun mengkuang, pandan atau buluh yang telah diraut akan dianyam seperti tikar. Satu bucu yang tajam dihasilkan dengan melengkungkan anyaman tersebut. Bucu yang tajam inilah menjadikan anyaman berbentuk tudung saji. Tudung saji akan dicorakkan dan diwarnakan selepas dibentuk dengan pilihan warna yang dikehendaki. Namun ada juga daun pandan atau mengkuang yang sudah diproses dibubuh pencelup dahulu sebelum ia dibentuk dan dianyam.
Kegunaan tudung saji :
  1.  Menutup hidangan daripada dihinggapi lalat atau terkena habuk dan kotoran lain.
  2. Sumber ekonomi bagi penduduk di kawasan luar bandar melalui industri desa (cottage industry). Melalui industri desa juga pendapatan penduduk luar bandar dapat ditingkatkan. Malah ada juga masyarakat Malaysia yang menjadikan tudung saji yang berbagai saiz sebagai hiasan di rumah masing-masing.

Tudung Saji

BUKAN SEKADAR PENUTUP MAKANAN.......

Indah terhias di atas meja.... mengundang untuk mengintai juadah di dalamnya....

Tudung saji atau digelar juga sebagai sangai di sesetengah tempat walaupun dengan nama yang berbeza tapi fungsinya masih tetap sama malah ianya juga telah diketengahkan sebagai penghias dinding juga terutama di restoran-restoran besar untuk memberikan suntikan seni melayu






Tujuan utama ianya dicipta adalah untuk menutup makanan dari hurungan lalat dan juga dihinggapi oleh serangga selain melindungi makanan dari terdedah. Banyak jenis tudung saji yang selalu kita lihat antaranya kalau zaman saya kecil dulu, tudung saji  diperbuat dari daun nipah ( yang ni akan dilapikkan dengan kain baldu dan dihiasi dengan bunga seperti seni corak tekad), anyaman rotan ( rotan halus yang digunakan dengan pelbagai warna untuk menambah gaya) , ada yang dibuat seperti payung (boleh dibuka bila dipakai dan dikuncupkan apabila tidak digunakan) macam kelambu baby cuma bersaiz kecil.



Ni antara yang mula2 saya hasilkan menggunakan ribbon dari kain. 

Zaman sekarang ada yang masih mengekalkan seni gaya lama tak kurang juga yang telah meggubah tudung makanan ini menjadi sesuatu yang bukan sekadar menutup makanan malah ianya bisa menjadi penghias di meja makan. Ini telah menarik minat saya untuk mencuba menggayakan dengan sentuhan jemari saya bagi mendapatkan mengikut citarasa saya sendiri.


Ni menggunakan ribbon kain.... senang sket nak anyam melalui lubang tudung saji.



Ni menggunakan ribbon plastik ... payah sket sbb senang terkoyak....