BUKAN SEKADAR PENUTUP MAKANAN.......
 |
Indah terhias di atas meja.... mengundang untuk mengintai juadah di dalamnya.... |
Tudung saji atau digelar juga sebagai sangai di sesetengah tempat walaupun dengan nama yang berbeza tapi fungsinya masih tetap sama malah ianya juga telah diketengahkan sebagai penghias dinding juga terutama di restoran-restoran besar untuk memberikan suntikan seni melayu
Tujuan utama ianya dicipta adalah untuk menutup makanan dari hurungan lalat dan juga dihinggapi oleh serangga selain melindungi makanan dari terdedah. Banyak jenis tudung saji yang selalu kita lihat antaranya kalau zaman saya kecil dulu, tudung saji diperbuat dari daun nipah ( yang ni akan dilapikkan dengan kain baldu dan dihiasi dengan bunga seperti seni corak tekad), anyaman rotan ( rotan halus yang digunakan dengan pelbagai warna untuk menambah gaya) , ada yang dibuat seperti payung (boleh dibuka bila dipakai dan dikuncupkan apabila tidak digunakan) macam kelambu baby cuma bersaiz kecil.
 |
Ni antara yang mula2 saya hasilkan menggunakan ribbon dari kain. |
Zaman sekarang ada yang masih mengekalkan seni gaya lama tak kurang juga yang telah meggubah tudung makanan ini menjadi sesuatu yang bukan sekadar menutup makanan malah ianya bisa menjadi penghias di meja makan. Ini telah menarik minat saya untuk mencuba menggayakan dengan sentuhan jemari saya bagi mendapatkan mengikut citarasa saya sendiri.
 |
Ni menggunakan ribbon kain.... senang sket nak anyam melalui lubang tudung saji. |
 |
Ni menggunakan ribbon plastik ... payah sket sbb senang terkoyak.... |
No comments:
Post a Comment