Monday, 28 September 2015

Difinasi Tudung Saji

Tudung Saji

Tudung saji merupakan hasil kraf tangan masyarakat Melayu yang kebiasaannya dihasilkan daripada daun mengkuang, pandan, rotan atau buluh. Terdapat juga tudung saji daripada mengkuang yang disalut dengan kain baldu. Rotan atau buluh yang dibentuk bulat akan dijadikan kerangka tudung saji. Benangnya pula dihasilkan daripada rotan yang telah diraut halus. Daun mengkuang, pandan atau buluh yang telah diraut akan dianyam seperti tikar. Satu bucu yang tajam dihasilkan dengan melengkungkan anyaman tersebut. Bucu yang tajam inilah menjadikan anyaman berbentuk tudung saji. Tudung saji akan dicorakkan dan diwarnakan selepas dibentuk dengan pilihan warna yang dikehendaki. Namun ada juga daun pandan atau mengkuang yang sudah diproses dibubuh pencelup dahulu sebelum ia dibentuk dan dianyam.
Kegunaan tudung saji :
  1.  Menutup hidangan daripada dihinggapi lalat atau terkena habuk dan kotoran lain.
  2. Sumber ekonomi bagi penduduk di kawasan luar bandar melalui industri desa (cottage industry). Melalui industri desa juga pendapatan penduduk luar bandar dapat ditingkatkan. Malah ada juga masyarakat Malaysia yang menjadikan tudung saji yang berbagai saiz sebagai hiasan di rumah masing-masing.

Tudung Saji

BUKAN SEKADAR PENUTUP MAKANAN.......

Indah terhias di atas meja.... mengundang untuk mengintai juadah di dalamnya....

Tudung saji atau digelar juga sebagai sangai di sesetengah tempat walaupun dengan nama yang berbeza tapi fungsinya masih tetap sama malah ianya juga telah diketengahkan sebagai penghias dinding juga terutama di restoran-restoran besar untuk memberikan suntikan seni melayu






Tujuan utama ianya dicipta adalah untuk menutup makanan dari hurungan lalat dan juga dihinggapi oleh serangga selain melindungi makanan dari terdedah. Banyak jenis tudung saji yang selalu kita lihat antaranya kalau zaman saya kecil dulu, tudung saji  diperbuat dari daun nipah ( yang ni akan dilapikkan dengan kain baldu dan dihiasi dengan bunga seperti seni corak tekad), anyaman rotan ( rotan halus yang digunakan dengan pelbagai warna untuk menambah gaya) , ada yang dibuat seperti payung (boleh dibuka bila dipakai dan dikuncupkan apabila tidak digunakan) macam kelambu baby cuma bersaiz kecil.



Ni antara yang mula2 saya hasilkan menggunakan ribbon dari kain. 

Zaman sekarang ada yang masih mengekalkan seni gaya lama tak kurang juga yang telah meggubah tudung makanan ini menjadi sesuatu yang bukan sekadar menutup makanan malah ianya bisa menjadi penghias di meja makan. Ini telah menarik minat saya untuk mencuba menggayakan dengan sentuhan jemari saya bagi mendapatkan mengikut citarasa saya sendiri.


Ni menggunakan ribbon kain.... senang sket nak anyam melalui lubang tudung saji.



Ni menggunakan ribbon plastik ... payah sket sbb senang terkoyak....